Saturday, October 23, 2010

ORDINAN FITNAH 1957

Ordinan ini melarang semua warganegara Malaysia dari memfitnah antara satu sama lain .Fitnah (defamation) ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan beliau dipulaukan,ataupun mungkin membawa kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya.
Ini membabitkan semua media massa termasuk bidang penyiaran.

Akta Penyiaran 1988

Akta ini diwujudkan apabila kerajaan membenarkan stesen penyiaran swasta iaitu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) TV3 diwujudkan. Akta tersebut adalah untuk menentukan apakah kandungan siaran penyiaran swasta yang sepatutnya disiarkan.


Di bawah akta ini ,tidak ada sesiapapun yang boleh membuat siaran sebarang bahan tanpa permit dan lesen.


Garis panduan penyiaran
Bahan-bahan siaran yang digalakkan ialah:
1.Menyokong wawasan negara.
2.Menghormati sensitiviti rakyat.
3.Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta.
5.Menggambarkan masyarakat berbilang kaum.


Bahan-bahan siaran yang tidak boleh disiarkan:
1.Menonjolkan idologi yang bertentangan dengan idologi negara.
2.Bahan siaran dari negara-negara Komunis atau dari mana-mana negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran.
3.Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecil-kecilkan negara yang ada hubungan dengannya.


KOD AMALAN PERIKLANAN MALAYSIA

Amalan periklanan di Malaysia dikawal oleh Lembaga Kepiawaian Periklanan atau Advertising Standard Authority (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menetapkan peraturan tertentu bagi agensi-agensi periklanan.

Sunday, October 17, 2010

Pelanggaran Etika Media



Pelanggaran etika media apabila seseorang pengamal media itu melanggar etika media yg telah ditetapkan .

Antara contoh isu-isu yg mencetuskan kontroversi dan melanggar etika media ialah isu karikatur penghinaan Nabi Muhammad .Karikatur seorang pengebom berani mati dan menyatakan agama sebagai sampah.karikatur ini dibuat oleh syarikat Eshee Streetwar dari New Zealand .Poster bagi iklan "Religious Is Garbage "ini ditampal di seluruh Auckland ,New Zealand .Karikatur ini dicetak pada 'Tick Tock T-Shirt" dan dijual pada harga $49.50 sehelai.

Hal ini mencetuskan kemarahan kepada ramai orang dan sememangya ia telah melanggar etika media.







Etika Media


Dalam kuliah minggu ini kita menyentuh tentang etika dan perundangan yang mengawasi operasi komunikasi massa (media cetak,media elektronik,perhubungan awam dan periklanan).Ini kerana,etika dan perundangan merupakan perkara yang paling asas dalam pergerakan dan penghasilan kandungan mesej oleh industri media.Jika kita melihat isu etika dan perundangan maka ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada timbulnya isu pengesploitasian dan penipuan dalam media.

Definisi etika
Etika mengikut definisi asas ialah satu dispilin bagi menagani antara baik dan buruk dan juga antara tanggungjawab moral dan obligasi. (Merriam Webster Dictionnary)
Perbezaan antara etika dan perundangan ialah etika ialah satu kontrak sosial manakala undang-ungang pula merupakan satu kontrak perundangan.

Kontrak sosial ialah sebuah kontrak yang mengandungi prinsip-prinsip yang telah dipersetujui untuk dipatuhi oleh sesebuah syarikat media ataupun anggota masyarakat .Jika kontrak ini dilanggar maka hukuman yang diberikan ialah seseorang itu mungkin dikeji atau disisihkan dalam masyarakat.

Manakala kontrak perundangan pula bermakna sebuah kontrak yang mengandungi peraturan undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan sesebuah negara untuk dipatuhi oleh kesemua ahli masyarakat.Bezanya dengan kontrak sosial ialah hukuman atau tindakan kepada anggota masyarakat yang melanggari kontrak ini akan dibincangkan di bawah sistem perundangan yang tertentu.

Kod Etika Kewartawanan Malaysia.

Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika bagi pengamal profesion ini.Kod etika itu ialah Kod Etika Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawanan Malaysia.
(National Union Jurnalist Malaysia) ataupun (NUJU).Ianya digunapakai oleh wartawan akhbar dan penyiaran.

1) Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugasan utama wartawan.

2) Di dalam melaksanakan tanggungjawab ini wartawanakan mempertahankan kedua-dua prinsip ini.Kebebasan mengumpul dan menerbit berita dengan jelas serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan keritikan secara adil.

3) Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang tidak diketahui asal-usulnya .Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumt atau memalsukan sebarang dokumen.

4) Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita, gambar, dan dokumen.

5) Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat , maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.

6) Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat.

7) Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan berikut sebagai kesalahan profesional yang paling besar.

8) Plagiat, mengumpat ,fitnah lisan (slander) , fitnah bertulis (libel) dan tuduhan -tuduhan yang tidak berasas.

9)Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.

10) Wartawan mengitiraf hak rakan-rakan sekerja berhubung dengan soal-soal profesional dan kewartawanan.Wartawan akan menolak sebarang bentuk campurtangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.


Kod Etika Kewartawanan Malaysia IAM (Institut Akhbar Malaysia).Kod etika ini digunapakai oleh wartawan akhbar.

1) tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
2) Dalam melaksanakan tugas ini ,wartawan menghayati kebebasan mengumpul dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan keritikan yang saksama.
3) Wartawan mestilah menggunakan cara yang wajar untuk mendapat berita ,gambar , filem dan dokumen.
4) Sebarang maklumat yang tersiar yang didapati tidak benar dan tidak tepat mestilah diperbetulkan.
5) Wartawan mestilah menghormati kerahsiaan sumber berita.

6) Wartawan mestilah berbudi perketi ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah, dan hasutan tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam bentuk apa sekalipun.

Wartawan hendaklah menghindari siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk.
Undang-undang berkaitan dengan media di Malaysia.
Perundangan dan etika media-massadi Malaysia tertakluk di bawah Perkara 10 Bahagian Dua (Hak Asasi )Perlembagaan Pertubuhan yang nenjamin kebebasan bercakap bagi warganegara.
Perkara 10 Tertakhluk kepada Fasal (2)(3)dan (4) ialah:
A)Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
B)Semua warganegara adalah berhak berhimpunvsecara aman dengan tidakbersenjata.
C)Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
AKTA MESIN CETAK 1948(Pindaan 1974)(Pindaan 1984)
Akta ini digubal dan diluluskan pada masa Darurat Pertama negara (1948-1960).Ia memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri mengawal pemilikan mesin cetak dan kegunaan mesin cetak untuk tujuan penerbitan.
Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk memberi atau menolak permohonan untuk mendapatkan lesen pemilikan mesin cetak mahupun lesen penerbitan.
Antara syarat pemberian lesen ialah:
1.Semua modal, saham,aset atau apa-apa kepentingan mengenai mesin cetak atau penerbitan itu hendaklah dimiliki, dipegang, dan dikawal oleh warganegara.
2.Sesebuah penerbitan (akhbar, majalah, dan sebagainya) hendaklah mencetak nama penerbit atau pencetaknya dalam setiap keluaran penerbitan itu.
3.Pemegang lesen hendaklah memberitahu Kementerian Dalam Negeri mengenai apa-apa perubahan mengenai nama pengarang ,pencetak ataupun pemilik syarikat penerbitan.
4.Sebahagian besar daripada bahan yang diterbitkan mestilah berkaitan dengan hal ehwal Malaysia.
5.Syarikat penerbitan itu tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan negara dan akhlak.
Seksyen 8 A - mencetak segala laporan yang tidak benar atau yang berniat buruk sebagai satu kesalahan.
Dibawah peruntukan baru akta ini , yang mencetak, menerbit serta editor penerbitan tersebut dan wartawan yang menulis laporan itu boleh didakwa dan jika didapati bersalah, boleh hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Ia juga menetapkan bahawa tindakan bagi setiap kesalahan hanya boleh diambil dengan persetujuan Pihak Pendakwa Raya.

Tuesday, October 12, 2010

Media baru vs Media Lama
































KEBERKESANAN MEDIA BARU BERBANDING MEDIA LAMA.

Terdapat tiga jenis kategori media iaitu media cetak,media eletronik dan media multimedia interaktif yang terdiri daripada teknologi lama dan teknologi baru , menurut Everent M.Rogers (1991) media ialah teknologi berasakan eletronik. Menurut Inglis(1990) media merupakan apa-apa komunikasi yang membawa atau menjadi peantara (mediatus). Pada masa kini media baru merupakan media yang lebih berkesan menyampaikan segala informasi kepada masyarakat berbanding media lama namaun demikian media baru sama ada media lama mahupun media baru mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Media lama ,merupakan media yang menyampaikan maklumat secara bertulis melalui buku , majalah dan surat khabar , dan disampaikan melalaui televisyen dan radio yang disampaikan secara lansung atau ditonton secara lansung. Kelebihan media lama ialah media lama mengupas semua isu-isu yang berlaku daripada pelbagai sudut dan dapat memganalisis berita dengan lebih kritis yang mana menyebabakan pembaca mampu melihat sesuatau dangan lebih mendalam. Media lama lebih banyak digunakan oleh golongan tua kerana golongan ini tidak pandai menggunakan media baru dan media lama lebih mudah didapati oleh mereka untuk mengetauhi berita semasa .Selain itu media lama ini lebih murah berbanding media baru dan mudah untuk didapati,media lama ini juga mamapu untuk menghasilkan generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membincangkan tentang sesuatu topik.

Manakala media baru pula seperti internet ,blog, telepon ,i-pod, dan radio satelit, merupakan media yang amat berkesan menyampaikan maklumat berbanding media lama kerana ianya memainkan peranana yang amat penting dalam pasaran masa kini.Dengan kewujudan negara yang berdaya saing , kewujudan media baru ini amat penting dan perlu bagi memudahkan masyarakat untuk mengetauhi maklumat,berita ,serta perkembangan terkini dengan kadar yang segera .Oleh sebab itu media lama ditafsirkan tidak lagi releven pada masa kini ,selain itu media baru ini juga menyebabakan terjejasnya kualiti media lama seperti radio , television , akhbar ,majalah dan surak khabar kerana kepantasan media baru ini .Sebanyak 92% rakyat malaysai pembaca media baru seperti laman sosial seperti facebook , twitter dan lain- lain lagi .Pensyarah kanan universiti malaya Prof, Dr Hassan Hasbullah memberi kenyataan bahawa masyarakat malaysia lebih banyak menggunakan media baru berbanding media lama serta lebih percayakan laporannya berbanding media arus perdana .


Media Baru Internet
Perkataan internat berasal daripada gabungan perkataan inter dan network king yang merujuk kepada rangkaian yang dibina dengan menggabungkan rangkaian komputer dengan komputer yang lain di seluruh dunia ianya juga merupakan rangkaian yang terbesar di dnia . Internet merupakan jaringan global komputer dunia , jaringan nya uyang sangat besar dan luas di mana setiap komputer dapat atau saling berhubung di antara satu dengan yang lain di seluruh dunia . Menggandungi pelbagai informasi dan membolehkan setiap pengguna berkomunikasi dengan berbagai informasi .
Kemunculan internet bermula pada tahun 1966 oleh ARPA(Advanced Reserch Project Agecy) merupakan salah satu divisi di apartment pertahanan U.S yang membuat jaringan komputer militer yang mampu menghantar data dari satu tempat ke tempat yang lain. Pada tahun 1969ARPA dengan ARPANET -nya telah berjaya menghubungkan dua komputer di Unicersiti of Califonia , Los Anjeles dan Sri Internasional di Menlo Park Califonia yang merupakan titik tolak kewujudan pertaam internet.
Ciri-ciri media baru



  • merupakan gabungan teknologi cetak dan penyiaran
  • perubahan daripada media terhat iaiatu limited kepada media banyak
  • perubahan dari segi isi kandungan iaitu daripada umum kepada khusus
  • perubahan daripada sehala kepada interaktif
  • memyampaikan maklum balas dengan pantas dan cepat
  • memudahkan penyaluran maklumat dengan lebih mudah dan pantas contohnya penggunaan blog dan akses kepada berita internet telah memberikan ruang kepada pihak pembantah dalam masyarakat untuk memepeloporkan idea - idea bernas yan mana sebelum ini tidak mendapat liputan yang lebih meluas dalam media cetak.
Media altenatif di internet juga telah menjadi sumber utama rujukan rakyat untuk mengetauhi perkembangan politik semasa terutamanya mengenai aktiviti pembangkang. media baru ini juga telah diguna pakai untuk tujuan politik antaranya ialah barisan nasional telah disarankan untuk memaksimumkan penggunaan media baru seperti penggunaan media baru seperti laman blog dan laman sesawang bagi mendenikati penggundi terutamanya semasa pilihanraya . Ini amat penting kerana laman media baru iaitu laman web dan blog merupakan sumbar rujukan masa kini yang digunapakai oleh semua pihak terutama golongan muda dalam mendapatkan maklumat terutamanya politik.

kesan penggunaan media baru (internet) kepada masyarakat
  • mewujudkan masyarakat berilmu dan celik it, menerusi penggunan komputer maklumat dihujung jari ,setiap peristiwa yang berlaku dengan jaringan tanpa sempadan .
  • membanrt menggembangj=jkan perniaggan di mana penggisaha sapat mengiklankan perkhidmatan dan barangan mereka .
  • perbankan dan urusniaga saham ,pembayaran bil dapat dilakukan melalaui internet
  • pendidikan jarak jauh dapat dijalankan melalaui kaedah cd-rom
  • merapatkan hubungan sesebuah negara dengan negara yang lain melalaui perhubungan e melsebagai bahan kuhus untuk memperkaya sistem pembelajaran dan pengajaran
  • menghiburkan kanak- kanak dan meningkatkan kemahiran memebaca, mendengar dan berinteraksi dengan teknologi terkini.
  • sebagai alat bantu mengajar
  • memperkaya sistem dan memepelbagaikan aktiviti
  • projek berkumpulan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan produktiviti,perbincangan mengenai bahan projek dilakukan melalui video dan telesidang dan sebagainya
  • meruntuhkan sosial
  • jenayah komputer
  • penyebaran virus
  • merenggangkan hubungan sesama manusia.

Sunday, September 19, 2010

Peranan media dalam penghayatan ramadan dan perayaan








Media memainkan peranan yang penting dalam masyarakat samada secara langsung mahupun tidak langsung.Media mampu mendidik,membentuk,menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan kepada masyarakat.Kesempatan ini telah digunakan oleh media untuk meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Televisen memainkan peranan dengan pengisian slot-slot yang berunsur keagamaan.


Contohnya tv3 setiap tahun tidak ketinggalan menyiarkan slot Jejak Rusul.Umat islam dapat mengetahui lebih terperinci tentang sejarah para rusul terdahulu dan sejarah awal islam.Selain itu,televisen tidak ketinggalan mengumandangkan azan setiap kali tiba waktu berbuka bagi mengigatkan para penonton bahawa telah tiba waktu berbuka.
Slot program'Dari Masjid ke Masjid' yang dihasilkan oleh persenoliti TV3 Ahmad Fedtri telah membuka minda kita mengenai masjid-masjid yang dibina di seluruh Malaysia.Rancangan yang bersiar di sempanjang bulan Ramadhan ini amat memberi manfaat dengan pelbagai maklumat yang menarik berkaitan cerita-cerita di sebalik masjid,kisah mengenai imam-imam masjid dan sebagainya.


Sepanjang bulan Ramadhan 1432 HDI RTM menyajikan sebanyak 53 program menarik melalui TV 1 dan TV2.Bersempena bulan yang mulia ini,Radio Televisen Malaysia(RTM) berkongsi sambutan bulan kemerdekaan dan Ramadhan sepanjang Ogos ini bersama penonton-penonton setianya.

Tahun ini juga menyaksikan TV 1 berkongsi program penuh bermanfaat Syahadah musim ke-6 yang membawa penonton menjelajah ke lokasi yang telah dipilai termasuklah Malaysia(Terengganu,Kedah, dan Melaka),Indonesia(Sumatera dan Kepulauan Jawa),China (Wilayah Yunan), India (Kerala dan Gujerat) dan Kemboja yang disiarkan malam 11 Ogos 2010,setiap hari jam 6.30 petang.


TV2 turut menjanjikan 11 program bertemakan Ramadhan yang sesuai menjadikan tontonan seisi keluarga.Malah baik drama,majalah mahupun program kanak-kanak yang disiarkan penuh pengajaran dan teladan dalam mengharungi pelbagai dugaan semasa bulan Ramadhan.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa media memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan dalam umat Islam.Ini menjadikan Ramadhan kita tahun ini lebih bermakna.
Setiap tahun Aidilfitri datang dan pergi sebagai kurnia anugerah Allah kepada hambanya untuk meraikan kemenangan dalam menghadapi dugaan setelah menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.Maka saban tahun umat Islam bergembira merayakan Aidilfitri dengan mengamalkan tradisi balik ke kampung untuk menemui ayah bonda serta sanak saudara.Tidak kurang juga ada yang kunjung-mengunjung ke rumah jiran-jiran yang berdekatan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan jalinan persaudaraan sesama mereka.
Namun dalam kemeriahan kita menyambut hari lebaran ,kita sering kali dibudayakan dengan cara sambutan yang tidak wajar dan dilihat bertentangan dengan amalan sebenar dalam menyambut kedatangan 1 Syawal.Setiap tahun apabila menjelangnya Aidilfitri ,pelbagai program dan pengisian yang berbentuk hiburan melampau disajikan oleh televisyen.Ia seolah-olah tidak ubah seperti persaingan antara syarikat-syarikat media untuk mendapatkan tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia dan bukan lagi dianggap sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat.Akibatnya,pelbagai bentuk rancangan yang tidak wajar dipertontonkan menerusi televisyen bagi mengisi kekosongan Aidilfitri.Lantaran itu,hari mulia 1Syawal telah dicemari dengan pelbagai bentuk hiburan yang melampau yang bertentangan dengan norma-norma serta nilai-nilai hidup bangsa dan agama kita.
Ia secara tidak langsung akan mengubah persepsi generasi muda yang tersalah faham dengan meletakkan televisyen sebagai teras utama dalam menyambut Aidilfitri.Sebagai contoh kebanyakan dari kita terlalu leka dengan sajian hiburan yang melampau sedangkan tanggungjawab sebenar dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut seperti amalan ziarah,
bertegur-sapa ,bermaaf-maafan dan sebagainya diabaikan.Tidak kurang ada yang sanggup menghabiskan sepanjang hari dengan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem yang diura-urakan menarik sehingga melupakan amalan ziarah-menziarahi.Maka dengan sajian-sajian sedemikian ,akan menyebabkan terhakisnya nilai-nilai kemuliaan Aidilfitri sebenar yang dipraktikkan semenjak dahulu lagi sehingga menjadi amalan tradisi kita.
Secara jujurnya daripada pendapat saya sendiri,adalah tidak wajar pihak-pihak media bertindak tanpa memikirkan tentang

Wednesday, August 18, 2010

Maksud media,budaya,dan masyarakat

Maksud Budaya,
Perkataan budaya berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "buddhi" dan" daya", perkataan budi bermaksud kecergasan fikiran dan akal . Perkataan daya pula bermaksud kekuatan kuasa , tenaga dan pengaruh. Seterusnya jika di cantumkan kedua - dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran , uasha rohani atau kuasa menggerakan jiwa.
Menurut Kamus Dewan (2005) , budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran ,akal budi ( cara berfikir ), berkelakuan dan sebagainya . Budaya juga boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan melipyti sistem sosial , organisasi ekonomi, politik, agama dan kepercayaan ,adat resam dan nilai.
Antara ciri- ciri budaya ialah:
  • Merupakan perkongsian masyarakat.
  • Tidak dapat terpisah dengan bahasa.
  • Diperoleh melalui proses pembelajaran.
  • Diwarisi dari generasi ke generasi.
  • Sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
  • Mempunyai unsur simbolik.
  • Wujudnya pandangan semesta(worldview).

Maksud Masyarakat,

Istilah masyarakat berasal daripada kata Arab ''syaraka"yang bererti ikut serta berpartisipasi dalam bahasa Inggeris istilah "society" yang bersal dari kata latin"socius" yang bererti kawan.

Menurut kamus dewan (2005) masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dengan cara tertentu.

Terdapat beberapa para ahli falsafah yang memberi definisi bekenaan dengan masyarakat contohnya:

  • Menurut Karl Marx masyarakat adalah suatu stuktur yang menderita suatu ketegangan organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan atau kumpulan yang terbahagi secara ekonomi.
  • Ralph Linthon menyatakan bahawa masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerjasama dan mengangap diri mereka sebagai satu kesatuan sosial degan sosial dan batas 2 yang dirumuskan dengan jelas.

Solo Soemardjan menyatakan bahawa masyarakat adalah orang hidup bersama yang menghasilkan kebudayaan.

Antara ciri- ciri masyarakat ialah ,

  • Hidup secara berkelompok
  • mempunyai pelbagai kebudayaan
  • sentiasa mengalami perubahan
  • sentiasa beinteraksi melalui pihak dalaman mahupun dengan pihak luar.
  • Mempunyaai pemimpin .
  • mempunyai susun galurnya.

Rujukan : HIBUNGAN ETNIK ,
SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIN MALAYSIA