Saturday, October 23, 2010

ORDINAN FITNAH 1957

Ordinan ini melarang semua warganegara Malaysia dari memfitnah antara satu sama lain .Fitnah (defamation) ditakrifkan sebagai satu pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan beliau dipulaukan,ataupun mungkin membawa kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya.
Ini membabitkan semua media massa termasuk bidang penyiaran.

Akta Penyiaran 1988

Akta ini diwujudkan apabila kerajaan membenarkan stesen penyiaran swasta iaitu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) TV3 diwujudkan. Akta tersebut adalah untuk menentukan apakah kandungan siaran penyiaran swasta yang sepatutnya disiarkan.


Di bawah akta ini ,tidak ada sesiapapun yang boleh membuat siaran sebarang bahan tanpa permit dan lesen.


Garis panduan penyiaran
Bahan-bahan siaran yang digalakkan ialah:
1.Menyokong wawasan negara.
2.Menghormati sensitiviti rakyat.
3.Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta.
5.Menggambarkan masyarakat berbilang kaum.


Bahan-bahan siaran yang tidak boleh disiarkan:
1.Menonjolkan idologi yang bertentangan dengan idologi negara.
2.Bahan siaran dari negara-negara Komunis atau dari mana-mana negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan kebenaran.
3.Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecil-kecilkan negara yang ada hubungan dengannya.


KOD AMALAN PERIKLANAN MALAYSIA

Amalan periklanan di Malaysia dikawal oleh Lembaga Kepiawaian Periklanan atau Advertising Standard Authority (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menetapkan peraturan tertentu bagi agensi-agensi periklanan.

No comments: