Sunday, September 19, 2010

Peranan media dalam penghayatan ramadan dan perayaan








Media memainkan peranan yang penting dalam masyarakat samada secara langsung mahupun tidak langsung.Media mampu mendidik,membentuk,menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan kepada masyarakat.Kesempatan ini telah digunakan oleh media untuk meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan dan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Televisen memainkan peranan dengan pengisian slot-slot yang berunsur keagamaan.


Contohnya tv3 setiap tahun tidak ketinggalan menyiarkan slot Jejak Rusul.Umat islam dapat mengetahui lebih terperinci tentang sejarah para rusul terdahulu dan sejarah awal islam.Selain itu,televisen tidak ketinggalan mengumandangkan azan setiap kali tiba waktu berbuka bagi mengigatkan para penonton bahawa telah tiba waktu berbuka.
Slot program'Dari Masjid ke Masjid' yang dihasilkan oleh persenoliti TV3 Ahmad Fedtri telah membuka minda kita mengenai masjid-masjid yang dibina di seluruh Malaysia.Rancangan yang bersiar di sempanjang bulan Ramadhan ini amat memberi manfaat dengan pelbagai maklumat yang menarik berkaitan cerita-cerita di sebalik masjid,kisah mengenai imam-imam masjid dan sebagainya.


Sepanjang bulan Ramadhan 1432 HDI RTM menyajikan sebanyak 53 program menarik melalui TV 1 dan TV2.Bersempena bulan yang mulia ini,Radio Televisen Malaysia(RTM) berkongsi sambutan bulan kemerdekaan dan Ramadhan sepanjang Ogos ini bersama penonton-penonton setianya.

Tahun ini juga menyaksikan TV 1 berkongsi program penuh bermanfaat Syahadah musim ke-6 yang membawa penonton menjelajah ke lokasi yang telah dipilai termasuklah Malaysia(Terengganu,Kedah, dan Melaka),Indonesia(Sumatera dan Kepulauan Jawa),China (Wilayah Yunan), India (Kerala dan Gujerat) dan Kemboja yang disiarkan malam 11 Ogos 2010,setiap hari jam 6.30 petang.


TV2 turut menjanjikan 11 program bertemakan Ramadhan yang sesuai menjadikan tontonan seisi keluarga.Malah baik drama,majalah mahupun program kanak-kanak yang disiarkan penuh pengajaran dan teladan dalam mengharungi pelbagai dugaan semasa bulan Ramadhan.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa media memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penghayatan bulan Ramadhan dalam umat Islam.Ini menjadikan Ramadhan kita tahun ini lebih bermakna.
Setiap tahun Aidilfitri datang dan pergi sebagai kurnia anugerah Allah kepada hambanya untuk meraikan kemenangan dalam menghadapi dugaan setelah menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan.Maka saban tahun umat Islam bergembira merayakan Aidilfitri dengan mengamalkan tradisi balik ke kampung untuk menemui ayah bonda serta sanak saudara.Tidak kurang juga ada yang kunjung-mengunjung ke rumah jiran-jiran yang berdekatan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan jalinan persaudaraan sesama mereka.
Namun dalam kemeriahan kita menyambut hari lebaran ,kita sering kali dibudayakan dengan cara sambutan yang tidak wajar dan dilihat bertentangan dengan amalan sebenar dalam menyambut kedatangan 1 Syawal.Setiap tahun apabila menjelangnya Aidilfitri ,pelbagai program dan pengisian yang berbentuk hiburan melampau disajikan oleh televisyen.Ia seolah-olah tidak ubah seperti persaingan antara syarikat-syarikat media untuk mendapatkan tempat di hati masyarakat Islam di Malaysia dan bukan lagi dianggap sebagai amanah dan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat.Akibatnya,pelbagai bentuk rancangan yang tidak wajar dipertontonkan menerusi televisyen bagi mengisi kekosongan Aidilfitri.Lantaran itu,hari mulia 1Syawal telah dicemari dengan pelbagai bentuk hiburan yang melampau yang bertentangan dengan norma-norma serta nilai-nilai hidup bangsa dan agama kita.
Ia secara tidak langsung akan mengubah persepsi generasi muda yang tersalah faham dengan meletakkan televisyen sebagai teras utama dalam menyambut Aidilfitri.Sebagai contoh kebanyakan dari kita terlalu leka dengan sajian hiburan yang melampau sedangkan tanggungjawab sebenar dalam melakukan perkara-perkara yang dituntut seperti amalan ziarah,
bertegur-sapa ,bermaaf-maafan dan sebagainya diabaikan.Tidak kurang ada yang sanggup menghabiskan sepanjang hari dengan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem yang diura-urakan menarik sehingga melupakan amalan ziarah-menziarahi.Maka dengan sajian-sajian sedemikian ,akan menyebabkan terhakisnya nilai-nilai kemuliaan Aidilfitri sebenar yang dipraktikkan semenjak dahulu lagi sehingga menjadi amalan tradisi kita.
Secara jujurnya daripada pendapat saya sendiri,adalah tidak wajar pihak-pihak media bertindak tanpa memikirkan tentang

No comments: