Wednesday, August 11, 2010

Kepentingan Media;Pengaruh media,

Media mempunyai kepentingannya tersendiri biar apa pun penafsiran yang diberikan terhadap sesuatu media.Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkannya agak berbeza .Secara amnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai 4 peranan utama iaitu:

1) Pemerhati

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan -media massa bertugas sbg pemerhati yg mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita.Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada khalayak melalui berita atau maklumat tetapi tidak semua perkara yang berlaku akan dilaporkan kerana media hanya memilih perisitiwa yg siginifikan dan memberikan kesan yg mendalam kpd msykt disekelilingnya.

1.1- Amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekelilingya seperti ancaman bahaya ,perubahan cuaca,ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yg kemdiannya memberi amaran kepada khalayak agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual.Sebagai contoh laporan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai ancaman selesema babi atau influenza H1N1 .Biarpun padaketika itu Malaysia masih belum merasai serangan wabak tersebut tetapi akhbar ini telah memberikan amaran awal kepada khalayak bahawa ia akan tiba di negara ini.
1.2-Insrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat memperoleh maklumat spt harga dipasaran bursa saham,produk baru ,idea fesyen ,resepi dan sebagainya.peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita,penerbitan-penerbitan ringkas dan sebagainya.


2) Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan data dan fakta tertentu.Ia juga memberikan maklumat tentang maksud,matlamat,dan kesginifikan sesuatu peristiwa.
Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati.Gatekeepers media akan menentukan mana berita yang penting akan disebarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.Bukan semua berita ,media juga menyediakan ruang untuk komentar pembacanya.
Sebagai contoh stesyen TV9 mengadakan program Hujah utk menjelaskan isu2 semasa di negara ini dgn melibatkan pakar2 dalam pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah,Politik dan Strategi UKM,Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff.


3)Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza didalam masyarakat .Contohnya pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual.
Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat fungsi ini dapat dilihat dgn jelas.Maklumat melalui apa yg dipanggil sbg media baru ini, berada di hujung jari khalayak .Segala apa yang dimahukan boleh diakses dgn secepat mungkin.
Pelbagai laman web ,spt ensiklopedia elektronik spt "wikipedia", blog,laman berita maya(Utusan Online,Bernama),laman sosial spt facebook memudahakan masyarakat berhubung dan mendapatkan pelbagai maklumat.



4) Penghibur

Media juga penting dalam menghibur.Filem,berita,muzik,sukan,sitkom dan kartun yg disiarkan dimedia memainkan fungsi menghibur kepada khalayak dengan kos yg rendah dan murah.

Peranan media massa dalam pembangunan negara sememangnya tidak dapat di nafikan.Ia boleh dlihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi dimana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar utk mbangunkan semangat menentang penjajah.
Contoh yg paling jelas ialah penubuhan akhbar Utusan Melayu .Ia ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk menjadi penghubung,pentafsir,dan pemerhati di golongan nasionalis dgn rakyat.Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu,akhbar ini juga menyalurkan sedikit cerita ringan spt prebiu filem sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat.

Setelah mencapai kemerdekaan zaman mula berubah dan penekanan kerajaan dibawah Perdana Menteri ,Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ialah utk membangunkan negara ini .Di sini peranan media massa spt Utusan Melayu sekali lagi diperlukan.Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat mendapat maklumat
yg jelas.Media digerakkan sepenuhnya umpamanya Radio Televisyen Malaysia menubuhkan bahagian pembangunan dan latihan pada tahun 1948,khusus utk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pembangunan.

Media mempengaruhi


Pengaruh terhadap individu






















No comments: