Wednesday, August 18, 2010

Maksud media,budaya,dan masyarakat

Maksud Budaya,
Perkataan budaya berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "buddhi" dan" daya", perkataan budi bermaksud kecergasan fikiran dan akal . Perkataan daya pula bermaksud kekuatan kuasa , tenaga dan pengaruh. Seterusnya jika di cantumkan kedua - dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran , uasha rohani atau kuasa menggerakan jiwa.
Menurut Kamus Dewan (2005) , budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran ,akal budi ( cara berfikir ), berkelakuan dan sebagainya . Budaya juga boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan melipyti sistem sosial , organisasi ekonomi, politik, agama dan kepercayaan ,adat resam dan nilai.
Antara ciri- ciri budaya ialah:
  • Merupakan perkongsian masyarakat.
  • Tidak dapat terpisah dengan bahasa.
  • Diperoleh melalui proses pembelajaran.
  • Diwarisi dari generasi ke generasi.
  • Sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
  • Mempunyai unsur simbolik.
  • Wujudnya pandangan semesta(worldview).

Maksud Masyarakat,

Istilah masyarakat berasal daripada kata Arab ''syaraka"yang bererti ikut serta berpartisipasi dalam bahasa Inggeris istilah "society" yang bersal dari kata latin"socius" yang bererti kawan.

Menurut kamus dewan (2005) masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dengan cara tertentu.

Terdapat beberapa para ahli falsafah yang memberi definisi bekenaan dengan masyarakat contohnya:

  • Menurut Karl Marx masyarakat adalah suatu stuktur yang menderita suatu ketegangan organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan atau kumpulan yang terbahagi secara ekonomi.
  • Ralph Linthon menyatakan bahawa masyarakat adalah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerjasama dan mengangap diri mereka sebagai satu kesatuan sosial degan sosial dan batas 2 yang dirumuskan dengan jelas.

Solo Soemardjan menyatakan bahawa masyarakat adalah orang hidup bersama yang menghasilkan kebudayaan.

Antara ciri- ciri masyarakat ialah ,

  • Hidup secara berkelompok
  • mempunyai pelbagai kebudayaan
  • sentiasa mengalami perubahan
  • sentiasa beinteraksi melalui pihak dalaman mahupun dengan pihak luar.
  • Mempunyaai pemimpin .
  • mempunyai susun galurnya.

Rujukan : HIBUNGAN ETNIK ,
SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGIN MALAYSIA

Wednesday, August 11, 2010

Kepentingan Media;Pengaruh media,

Media mempunyai kepentingannya tersendiri biar apa pun penafsiran yang diberikan terhadap sesuatu media.Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkannya agak berbeza .Secara amnya para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai 4 peranan utama iaitu:

1) Pemerhati

Peranan media massa sebagai pemerhati boleh ditafsirkan -media massa bertugas sbg pemerhati yg mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita.Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada khalayak melalui berita atau maklumat tetapi tidak semua perkara yang berlaku akan dilaporkan kerana media hanya memilih perisitiwa yg siginifikan dan memberikan kesan yg mendalam kpd msykt disekelilingnya.

1.1- Amaran

Media massa amat peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekelilingya seperti ancaman bahaya ,perubahan cuaca,ramalan cuaca dan kemelesetan ekonomi yg kemdiannya memberi amaran kepada khalayak agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual.Sebagai contoh laporan akhbar The Star pada 12 Jun 2009 mengenai ancaman selesema babi atau influenza H1N1 .Biarpun padaketika itu Malaysia masih belum merasai serangan wabak tersebut tetapi akhbar ini telah memberikan amaran awal kepada khalayak bahawa ia akan tiba di negara ini.
1.2-Insrumental

Pemerhati berbentuk instrumental ini membantu masyarakat memperoleh maklumat spt harga dipasaran bursa saham,produk baru ,idea fesyen ,resepi dan sebagainya.peranan ini bukan hanya dikhususkan kepada media berbentuk berita,penerbitan-penerbitan ringkas dan sebagainya.


2) Pentafsir

Media massa bukan hanya membekalkan data dan fakta tertentu.Ia juga memberikan maklumat tentang maksud,matlamat,dan kesginifikan sesuatu peristiwa.
Fungsi pentafsir media massa ini amat berkait rapat dengan fungsi pemerhati.Gatekeepers media akan menentukan mana berita yang penting akan disebarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.Bukan semua berita ,media juga menyediakan ruang untuk komentar pembacanya.
Sebagai contoh stesyen TV9 mengadakan program Hujah utk menjelaskan isu2 semasa di negara ini dgn melibatkan pakar2 dalam pelbagai bidang dan ia dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah,Politik dan Strategi UKM,Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff.


3)Penghubung

Media massa berkebolehan menggabungkan elemen yang berbeza didalam masyarakat .Contohnya pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual.
Dalam perkembangan dunia teknologi maklumat fungsi ini dapat dilihat dgn jelas.Maklumat melalui apa yg dipanggil sbg media baru ini, berada di hujung jari khalayak .Segala apa yang dimahukan boleh diakses dgn secepat mungkin.
Pelbagai laman web ,spt ensiklopedia elektronik spt "wikipedia", blog,laman berita maya(Utusan Online,Bernama),laman sosial spt facebook memudahakan masyarakat berhubung dan mendapatkan pelbagai maklumat.



4) Penghibur

Media juga penting dalam menghibur.Filem,berita,muzik,sukan,sitkom dan kartun yg disiarkan dimedia memainkan fungsi menghibur kepada khalayak dengan kos yg rendah dan murah.

Peranan media massa dalam pembangunan negara sememangnya tidak dapat di nafikan.Ia boleh dlihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi dimana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar utk mbangunkan semangat menentang penjajah.
Contoh yg paling jelas ialah penubuhan akhbar Utusan Melayu .Ia ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk menjadi penghubung,pentafsir,dan pemerhati di golongan nasionalis dgn rakyat.Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu,akhbar ini juga menyalurkan sedikit cerita ringan spt prebiu filem sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat.

Setelah mencapai kemerdekaan zaman mula berubah dan penekanan kerajaan dibawah Perdana Menteri ,Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ialah utk membangunkan negara ini .Di sini peranan media massa spt Utusan Melayu sekali lagi diperlukan.Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat mendapat maklumat
yg jelas.Media digerakkan sepenuhnya umpamanya Radio Televisyen Malaysia menubuhkan bahagian pembangunan dan latihan pada tahun 1948,khusus utk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pembangunan.

Media mempengaruhi


Pengaruh terhadap individu