- Peranan lagu dalam menyampaikan maklumat dan dakwah.Maklumat seperti dakwah dapat disebarkan yang mengandungi pelbagai pengajaran dan iktibar.Contohnya melalui lagu lagu nasyid,lirik dalam nasyid tersebut mengandungi banyak nasihatv yg mendidik masyarakat Islam mahupun bukan.Melalui lagu lama seperti dondang sayang dapat memberikan nasihat secara halus.
- Peranan lagu dalam menaikkan semangat patriotisme dan nasionalisme.Semangat nasionalisme dan patriotisme dapat dipupuk menerusi lagu-lagu Negaraku yang mana bait-bait liriknya berbaur semangat cinta akan negara ,bangsa dan agama.
- Peranan sebagai penghibur -lagu dapat menghilangak kebosanan ,menenangkan fikiran tanpa mengira peringkat umur.Contohnya apabila berada dalam keadaan sedih dan kecewa.
Lagu yang saya pilih ialah lagu bertajuk Wajah oleh Jaclyn Victor.Lagu ini mengisahkan tentang kepayahan hidup yang harus dilalui insan yg kurang bernasib baik dan serba kekurangan serta terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran untuk terus hidup.Lagu ini juga dapat mendidik mayarakat supaya mempunyai azam yang tinggi walaupun terpaksa melalui pelbagai dugaan.Melalui peranan lagu sebagai media ia dapat mempengaruhi saya untuk menyemai sikap membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Hasnah binti Jusid
Antara peranan lagu sebagai media ialah
- Pengekspresian emosi : Lagu atau muzik digunakan sebagai alat untuk meluahkan perasaan dan emosi.Di barat contohnya lagu digunakan untuk menstimulasi perilaku sehingga ada dalam masyarakat mereka ada lagu-lagu untu menciptakan ketenangan.para pencipta muzik contohnya menghasilkan lagu-lagu cinta .Dan bisanya pasangan-pasangan bercinta gemar mendengar lagu-lagu sebegini.
- Hiburan: Adalah satu kegiatan yang menyenangkan hati seseorang individu ataupun masyarakat.Contohnya apabila seseorang itu mengalami tekanan ,dengan mendengar lagu ia boleh mengurangkan tekanan yang dialami.
- Sebagai pendidikan norma sosial-Lagu banyak digunakan untuk mengajarkan norma -norma dan aturan.
Lagu yang saya pilih ialah lagu Hero yang dinyanyikan oleh Mariah Carey.Lagu ini banyak memberikan semangat dan motivasi kepada saya dalam menjalani kehidupan seharian.Antara bait-bait lagu ini ialah.
Theres a hero
If you look inside your heart
You dont have to be afraid
Of what you are..
Lirik ini menceritakan bahawa dalam setiap diri kita adanya satu kuasa atau semangat yang mana dengan adanya ia maka kita tidak perlu takut .Hal ini sangat mempengaruhi saya,bahawa dalam kehidupan saya sekarang ini saya tidak perlu terlalu risau .
Nanadia binti Khairun Anuar
Peranan lagu sebagai media ialah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu melalui lirik-lirik lagu tersebut yang ditulis oleh penulis lirik.Setiap lagu semestinya mempunyai mesej-mesej tersendiri seperti cinta,nasihat,ketuhanan,keharmonian,keamanan dan sebagainya.lagu mampu mempengaruhi emosi,pemikiran,memberi semangat kepada pendengar disamping memberi hiburan.lagu dianggap media kerana lagu menjadi perantara antara penulis dengan pendengar.Penulis mengandaikan bahawa mesej yang cuba disampaikan diterima oleh pendengar .Walaupun sebenarnya ialah kemungkinan yang berlaku ialah pendengar mempunyai perepektif dan pandangan yang berbeza-beza tentag mesej lagu yang cuba disampaikn oleh penulis lirik.
No comments:
Post a Comment